Tuesday, 15 September 2015
UPM- Harapan Menuju Jalan Kejayaan
Assalamualaikum wbt .. Hope semua sihat .. Entry ni aku tulis dalam masa rumet aku dah tidur n dah mimpi sampai rumah dia . Okay mengarut bye :p Sebenaqnyaa nak citer new life aku kat universiti .. Okay first of all let me introduce you to my university .. Nama universiti ceq UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, KAMPUS SERDANG .. Tak jauh pon .. Dua jam je dari rumah ...So on hari pendaftaran, 29 Ogos 2015, pagi dalam pukul 8.30 cam tu dah gerak dari rumah ke universiti ni ... Abah orang paling excited nak hantar aku ... Terharu kejapp :') .. Okay then kitorang satu family ( aku, mak adik n abah je) singgah sarapan kat Simpang Ampat ... Makan nasi lemak je .. Itu pun x selera sangat .. Maklum la dah excited sangat nak masuk U .. Okay dalam lepas 2 jam perjalanan, kitorang pon sampai kat UPM .. Ramai giler manusia sejagat kat sini ... Sampai2 je kena parking keta kat padang kawad then naik bas g kolej aku (KOLEJ KEDUA) ... Semput gak laa mak n abah angkat beg aku (hmmmm nak nangis:'( ) ... Then daftar ... Lama gak laa aku bertapa dalam bilik ape tah nama dia (kisah pulak aku) .. Then dalam 30 minit daftar tu, aku ambil kunci bilik n pegi kat abah balik dekat luar bilik daftar tu. Keluarr2 je, abah cakap macam ni " Kak ngah, abah dah test drive basikal baru, kak ngah beli ea ?", aku macam haaa kan aku dah kata abah is the only person yg semangat gilaa hantar aku kat sini ... Siap bayar deposit basikal .. Aku pon pergi laa jumpa hakak yang handle hal2 basikal ni sebab nak isi form beli basikal ... Dah settle hal basikal, kitorang naik bilik ... Aku dapat bilik NO 225 BLOK ENGGANG ... Haa satu fact pasal upm is mostly kolej kediaman namakan blog diorang sempena nama binatang n tumbuhan ... Kata U pertanian kan, mesti laa kekalkan unsur nate demo tuu ... Ahaks :P Then naik bilik kat tingkat 2 ... Mak pulak sampai2 je terus cari kerusi .. Penat katanya .. Aku pulak terus bukak almari, bersihkan n ready to unpack things .. Dah siap bentang cadar semua, mak pulak sempat tidur atas katil aku ... Abah pulak dekat bawah lagi .. Then aku pegi kat abah balik sebab nak angkat luggage ... Then masa tgh jalan2 bwk luggage tu, aku cakap ngan abah yang aku nak beli penyapu ... So stop kat satu gerai ni jual penyapu and all those things untuk cleanliness ni ... Aku pon memula bicara .. " Emm, bang bagi bakul sampah satu, nak yang warna pink tu tau", then abang tu pandang aku sambil senyum .. Aku pon tak faham kenapa .. Salah ke kalau suka warna pink .. I'm a lady kot .. Patut la kannnn ... Pastu aku cakap lagi nak penyapu warna pink jugak ... Then dia start 'nganjing' aku , "Dik, x nak berus warna pink", then aku reply, "X yah dah ada" (dalam hati panas ni) .. Hmm pastu aku pon buat muka selamba angkat luggage yg berat tu .. Kalau ikutkan hati ni nak aje aku humban luggage ni kat muko jate tu . Bengong !! Ok dah ... Aku naik bilik dgn abah .. Abah pulak dia nampak je mak landing baik punya atas katil, dia pon capai bantal landing kat bawah setelah makan nasi lauk kari... Aku pon tengok je diorang tidur sambil makan nasi ... Kesian kat diorang penat hantar aku masuk UPM ... Then dah siap2 kemas, dalam pukul 3 lebih, mak, abah n adik pon balik ... Tinggal la aku sorang2 sebab aku x tahu pon rumet aku wujud .. Then bermula lah kisah seorang AINA di kampus UPM :0 :P :'( :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment