Tuesday, 5 January 2016
Aku Memasak ?
Salam semua .. Bila cakap pasal memasak, ia sesuatu yang tidak asing lagi bagi wanita ataupun remaja perempuan .. Bila pergi rumah mak sedara or pak sedara, mesti diorang akan tanya, "Pandai masak x ? "or "Pandai masak apa ? ". Siapa yang alami situasi macam ni, haa angkat tangan sikit .. jangan risau, kita geng .. Aku pun alami benda yang sama .. Aku ni nak kata pandai masak sangat pun, tak jugak .. Tapi nak kata tak pandai masak, hmm tu kejam sangat .. Tak de la langsung tak kenal bawang, lengkuas, halia tu semua .. Aku ni nak dikatakan new beginner la dalam bab masak-memasak ni .. Setakat ayam masak sambal and ayam masak kicap tu, boleh laa .. Tapi ikut musim and mood jugak, kalau dia nak sedap, dia sedap laa .. Kalau tak, tak laa .. Tapi benda masak-memasak ni mak cakap kena keep on trying .. Tak boleh cuba sekali je, pastu tak jadi, terus give up .. Ni kira macam a learning process laa lagi-lagi untuk golongan-golongan muda and 20 an macam aku ni .. So, kepada sesiapa yang baru nak mula memasak, good luck .. Aku pun tengah dalam proses untuk tingkatkan skill masakan aku ni .. Ye laa bak kata orang-orang dulu kala, "perempuan ni belajar tinggi-tinggi mana pun, akhirnya ke dapur jugak" .. Ada yang boleh terima ungkapan ni and ada jugak yang bash habis .. Tapi kalau bash pon, mentality orang dulu-dulu dah macam tu, so nak tak nak kena telan je la kan ? Hahaha ,,, Okay la till we meet again .. selamat berperang dengan kuali dan bawang uols .. Salam, bye :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment