Thursday, 24 March 2016

Damai Itu Ada

Salam semua .. Berharap semua sihat dan sejahtera .. Sentiasa di bawah lindungan Allah yang tak pernah lupa akan hamba-hambaNya .. Cuma kita sahaja yang sering terleka .. Haa, pernah tak rasa sunyi dalam bising ? Aik, ape tuu ? Haa macam kau rasa sunyi tapi sekeliling korang ramai giler orang .. Aku selalu rasa perasaan  tu .. Kadang kadang rasa macam diabaikan rasa macam disisihkan rasa macam ramai orang tak suka diri ni .. Aku ni seorang yang muka macam sombong gitu .. Mostly orang yang kenal aku akan cakap aku ni sombong sebelum diorang kenal aku .. Tapi bila dah kenal tahu lah macam mana aku sebenarnya .. Haa back to topic .. Aku pernah terbaca satu petikan ni di mana dia cakap kalau kita rasa sunyi rasa macam nak nangis dan tak rasa apa apa, itu maknanya ada kekosongan dalam hati kita .. Dan itu perlu diubati .. Cara nak ubat ? Haa ni nak cerita ni .. Cara nak ubat dia memang lah setiap orang ada cara tersendiri .. Dipanggil nilai intrinsik .. Ada yang suka cari ketenangan macam tengok laut ke, air terjun ke, panjat gunung ke, pergi tempat tempat menarik ke, dan ada jugak kes di mana orang cari "ketenangan" dengan pergi clubbing .. Haa cara ni salah sebenarnya .. Walau kita cakap setiap orang ada caranya terendiri .. Cara terbaik ever adalah ingat Allah, refresh diri, flashback apa yang kita dah buat sepanjang hidup .. Muhasabah dan In Shaa Allah kita akan jumpa jalan penyelesaiannya .. Aku cakap benda ni sebab aku selalu rasa perasaan tu .. Huhuhu .. Semoga kita jumpa ketenangan yang dicari .. Amin :)

No comments:

Post a Comment